Asas pertimbangan pertandingan ini adalah untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovasi para pensyarah, guru dan pelajar / murid melalui penghasilan sesuatu yang baharu serta dapat memberikan sumbangan kepada pengguna. Di samping itu, pertandingan ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran para pensyarah/ guru dan pelajar/ murid terhadap kepentingan penyertaan dalam sesuatu aktiviti yang melibatkan kemahiran kreativiti.
PERTANDINGAN INI AKAN DISEDIAKAN HARI BERKUSUS / MATA KREDIT SPLKPM.
1. InoBorneo merupakan anjuran IPG Kampus Tawau di bawah KPM dengan kerjasama pelbagai pihak seperti PPD, Politeknik, UiTM Tawau dan KV serta menyasarkan penyertaan pertandingan peringkat kebangsaan peserta profesional seperti Pensyarah, Pihak Industri, Pakar TVET dan Guru-Guru Sekolah seluruh negara. Oleh itu, surat telah disebarkan kepada semua institusi seperi Matrikulasi, UA, Politeknik termasuk JPN untuk menjemput guru-guru KPM yang pakar dalam inovasi untuk menyertai pertandingan berprestij ini. Mata kredit SPLKPM akan disediakan kepada warga KPM.
2. Namun demikian, untuk memeriahkan pertandingan, pertandingan ini terbuka khas kepada murid sekolah. Oleh kerana pertandingan ini bersemuka dan diadakan di hotel bertaraf 4 Bintang sejajar dengan penyertaan peserta-peserta dari kalangan profesional (sasaran utama). Maka, permohonan ke BSKK, KPM tidak dipanjangkan kerana pihak pertandingan tidak menyediakan tempat tinggal untuk kategori murid di mana antara syarat BSKK adalah untuk menyediakan tempat tinggal untuk murid. Oleh itu, sekolah boleh memohon melalui SPI Bil. 9/2023 di bawah tujuan "Pertandingan". Sekolah juga digalakkan untuk merancang lawatan sambil belajar selepas pertandingan seperti lawatan ke Muzium Arkeologi Bukit Tengkorak dan Muzium Tun Sakaran untuk memaksimumkan pembelajaran murid yang terlibat.